Connect with us

Berita Lain

Penjara adalah pengajaran penting dari Tuhan – Jamal



PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunus menyeru supaya penjara melakukan perubahan selepas 27 hari berada di sana.


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memberitahu, saat itu telah mengajar beliau untuk menghargai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Jamal memberitahu wartawan yang berada di rumahnya selepas dibebaskan, bahawa beberapa tahanan menggunakan cara berbahaya untuk menyeludup masuk tembakau ke penjara ketika mereka dibawa keluar untuk proses pengadilan.


Malaysiakini melaporkan bahawa Jamal mendakwa kaedah yang paling biasa digunakan ialah menelan beg plastik yang mengandungi tembakau dan ada juga yang menelan pemetik rokok.


“Kadang-kadang ia boleh membawa maut apabila beg plastik pecah,”katanya.


“Objektifnya adalah untuk mengurangkan (seludup). Mungkin saya akan dikritik oleh orang ramai kerana memberitahu ini, tetapi mereka tidak faham”.


Beliau juga menggesa kerajaan untuk memperbaiki keadaan kerja bagi pengawal penjara, memberi mereka gaji yang lebih baik dan memberi mereka kemudahan dan faedah yang sama seperti penjawat awam yang lain.


“Mereka sangat tertekan, mereka seperti penghuni, mereka terkurung dengan penghuni,” katanya mengenai pengawal penjara.


Jamal berkata beliau merasakan bahawa penjara adalah tempat paling teruk di bumi walaupun dia ditempatkan di blok “tawakal” yang merupakan blok terbaik di penjara Sungai Buloh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau menggambarkannya sebagai seolah-olah berada dalam kubur.


Jelasnya, di sana mempunyai bau busuk dan ruang terkurung menyebabkan juga tekanan mental kepada pengawal penjara.


Jamal berkata, beliau turut terkejut beberapa penghuni di sana masih mengenalinya walaupun sudah bertahun-tahun berada dalam penjara.


“Tahanan Sosma tidak puas hati dengan saya. Ini adalah salah orang BN yang mencipta Sosma,” katanya, merujuk kepada mereka yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.


Menggambarkan perjuangannya di penjara, beliau memuji Anwar kerana kekuatannya dalam mengatasi 13 tahun di penjara.


“Ketika itu saya salute (sanjung) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Macam mana jiwa, raga, hatinya, mentalnya, cukup kental.


“Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia, pemimpin yang cukup hebat dan perlu diberikan satu penghormatan,” katanya.


“Apa yang dilakukannya adalah antara dia dan Tuhan,” katanya.


Jamal berkata pengalamannya dalam penjara adalah pengajaran penting dari Tuhan dan telah mendidikknya.


Jelasnya, masih akan aktif dalam Umno tetapi masih belum memutuskan sama ada hendak kembali mengadakan demonstrasi.


Mengenai peguamnya Muhammad Shafee Abdullah, Jamal berkata Muhammad menawarkan untuk mewakilinya secara percuma.


“Dia beritahu yurannya adalah beri makanan kepada orang miskin secara percuma di restoran saya.


“‘Itulah bayarannya kepada saya, sebab itulah saya datang (untuk membantu anda)’,” kata Jamal.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel