Connect with us

Berita Lain

Perhimpunan Agung Umno dipendekkan kepada dua hari


Perhimpunan Agung Umno tahun ini akan diadakan selama dua
hari berbanding lima hari seperti kebiasaan sebelum ini.
Acara tahunan yang berlangsung seperti karnival itu biasanya
diadakan pada akhir November atau awal Disember.
Bagaimanapun tahun ini ia akan diadakan penghujung
September.
Sumber parti itu memberitahu bahawa perhimpunan
sayapnya iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri akan diadakan pada 29
September diikuti persidangan parti pada keesokan harinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perhimpunan berkenaan akan tetap diadakan Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) yang dimiliki parti itu.
Malaysiakini difahamkan antara sebab memendekkan acara itu
kerana Umno tidak lagi berada dalam kedudukan untuk memaksa kerajaan
persekutuan mengamati resolusinya.
Sebelum ini, Umno memperuntukkan selama dua hari untuk sayap
parti dan badan utamanya membahaskan usul mengenai politik, ekonomi dan agama.
Apabila sesuatu resolusi dibuat ia akan disampaikan terus
kepada perdana menteri yang juga presiden Umno.
Sementara itu, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa agensi
berkaitan kerajaan tidak akan menyediakan gerai di aras dua dan tiga PWTC,
tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, satu aras di PWTC masih dibuka untuk peniaga
yang kebiasaannya sebelum ini diadakan di dewan pameran Dewan Tun Razak 4.
Kali ini, menurut sumber, gerai peniaga akan dibuka di aras
dua berhampiran kafe.
Malaysiakini dan portal berita lain sebelum ini dihalang
daripada memasuki dewan tempat perhimpunan itu berlangsung dan terpaksa
bergantung pada paparan skrin di kawasan terbuka untuk membuat liputan.
Tidak jelas apakah amalan ini akan diteruskan.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel