Connect with us

Berita Lain

Permohonan keluarga Altantuya guna penghakiman kes bunuh didengar mahkamah 25 Sept

Permohonan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev dan
keluarganya untuk mengguna pakai keputusan berkaitan kesalahan jenayah di
Mahkamah Persekutuan berhubung kes pembunuhan model Mongolia dalam saman sivil
RM100 juta keluarga itu akan didengar pada 25 September ini.
Ketika ditemui media selepas prosiding kes itu, peguam
Sangeet Kaur Deo yang mewakili Shaariibuu memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh itu dalam kamarnya ketika
pengurusan kes.
“Kami membangkitkan satu isu perundangan berkenaan sama
ada kita boleh atau tidak menerima pakai prosiding di mahkamah jenayah.
Permohonan kami adalah untuk mahkamah membuat keputusan sama ada prosiding di
situ (Mahkamah Persekutuan) boleh diterima pakai dalam kes sivil atau tidak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pihak-pihak kami telahpun memfailkan hujahan dan
mahkamah menetapkan 25 September untuk mendengar permohonan ini, sekiranya
prosiding di mahkamah jenayah diguna pakai di sini maka kita tidak perlulah
memanggil kesemua saksi semula.
“Jadi, ia satu isu yang penting untuk mahkamah
memutuskannya,” katanya.
Pada Julai lalu, Shaariibuu melalui peguamnya memfailkan
permohonan supaya keputusan berkaitan kesalahan jenayah di Mahkamah Persekutuan
berhubung pembunuhan anaknya Altantuya diguna pakai dalam saman sivil RM100
juta keluarga itu.
Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan ibu Altantuya, Altantsetseg
Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai
Munkhtulga, memfailkan saman terhadap dua bekas polis daripada Unit Tindakan
Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar serta penganalisis politik Abdul Razak
Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar
dalam pembunuhan Altantuya, 28 tahun, pada 2006. Beliau dibebaskan oleh
Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil
membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah
dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan
mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Dalam penyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa
kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma
psikologi yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan
teruk.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel