Connect with us

Berita Lain

PM isytihar had belian barangan cukai untuk pelancong di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000

Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang rama ketika hadir
majlis perasmian Langkawi Nature Park hari ini. – Foto: Kosmo

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari
ini mengisytiharkan had belian barangan bercukai untuk pelancong dari tanah
besar yang membeli-belah di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.
Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, langkah
itu bagi menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu, sekali gus
meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya belum dapat kelulusan daripada rakan-rakan saya
dalam kerajaan berkenaan banyak mana penduduk dari tanah besar boleh beli di
Langkawi dan bawa ke tanah besar.
“Tapi walaupun belum dapat kelulusan saya nak juga
isytihar di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong dari tanah besar yang
beli-belah di Langkawi ini, mereka tak payah bayar cukai (jika berbelanja
sehingga)  RM1,000, bukan RM500 (sebelum
ini),” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen
Langkawi di Langkawi City di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata, had itu tidak termasuk untuk
barangan seperti arak dan rokok yang membahayakan kesihatan. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel