Connect with us

Berita Lain

Polis rakam kenyataan Guan Eng minggu depan


PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengesahkan polis akan mengambil keterangan beliau minggu depan berhubung kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Susulan itu, menurut Guan Eng, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada alasan lagi untuk mengelak daripada menjawab tiga soalan penting tentang kehilangan tersebut yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu, lapor Sinar Harian hari ini.

“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti ditetapkan di bawah undang-undang?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan dibuat Tan Sri Mohd Irwan Siregar (bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan) untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti yang diminta oleh Jabatan Kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak tahun 2015; yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25 bilion kepada Tabung Bayaran Balik GST?

“Ketiga, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak tahun 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, Najib enggan menjawab tentang penglibatannya sebagai Menteri Kewangan dalam masalah ini dan mengatakan beliau bahawa harus membuat laporan polis.

“Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharu mahu kebenaran didedahkan dalam skandal ini.

“Sejumlah besar daripada 121,429 syarikat dan individu yang terjejas sekarang bertanya-tanya mengapa RM19.4 bilion tersebut tidak dibayar balik dalam masa dua minggu seperti termaktub di dalam undang-undang, sama ada sejak tahun 2015, 2016, 2017 atau 2018,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Katanya, pembayaran balik tidak dapat dilakukan kerana cuma ada RM148.6 juta dalam Tabung Bayaran Balik GST.

“Kerajaan Persekutuan sekarang menghadapi kekurangan RM19.25 bilion akaun Tabung Bayaran Balik GST sepatutnya berjumlah RM19.4 bilion. Ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam yang mengatakan bahawa Kastam telah menuntut wang tersebut daripada mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST.

“Walaupun RM82.9 bilion perlu dipindahkan ke Tabung Bayaran Balik GST sejak 2015, hanya RM63.5 bilion telah dipindahkan. Kekurangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST ini telah mengakibatkan sebanyak 121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak 2015,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST ini telah dipengerusikan oleh Mohd Irwan sejak 2015.

“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Mohd Irwan, Najib masih memainkan peranan penting kerana hanya Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan agar RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST ataupun bayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti ditetapkan undang-undang,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel