Connect with us

Berita Lain

Rafizi: Bertandinglah dalam suasana adik beradik


Bertanding dalam suasana adik-beradik, ikhlas berjuang untuk
parti dan tidak berdendam dapat memastikan calon-calon yang bertembung di
peringkat cabang pada pemilihan PKR akan datang, kekal bersatu.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata ramai calon menawarkan
diri untuk bertanding di peringkat cabang khususnya di Negeri Sembilan dan ia
merupakan petanda baik dalam demokrasi namun mereka yang kalah harus kekal
bersatu dalam parti demi memastikan parti terus kukuh.
“Kalau pemilihan yang lepas tidak ramai yang bertanding di
peringkat cabang untuk Negeri Sembilan kerana dahulu kita belum menang tetapi
hari ini kita sudah menang maka ramai yang bertanding.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa pun bertandinglah dalam suasana adik-beradik dan demi
sayang kita pada parti dan ikhlas maka menang kalah berapa penjuru sekalipun,
lepas itu kita akan berpeluk balik kerana kita tidak terluka.
“Yang jadi masalah kalau bertanding secara kasar, potong
memotong dan guna wang, kita akan terluka,” katanya pada sesi debat dalam
program Penerangan Reformasi 20 tahun anjuran Pemuda PKR di Seremban, semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Fuziah Salleh dan Menteri Besar Aminuddin Harun.
Rafizi, calon timbalan presiden PKR berkata apa yang penting
adalah untuk menjaga parti dan tawarkan khidmat kepada masyarakat dan memegang
teguh pada ideologi bahawa kita masuk parti Keadilan (PKR) untuk membawa
perubahan lebih baik kepada rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Jika kita mampu laksanakan ini (kalah tetap bersatu) maka
pertembungan yang berlaku di peringkat cabang di negeri ini akan menjadi
kekuatan buat parti dan menjadi contoh kepada negeri lain sekaligus kekal
menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Pada pemilihan PKR kali ini, jawatan ketua cabang PKR Rembau
menyaksikan pertembungan lima penjuru.
Sementara itu, Fuziah, calon Ketua Wanita PKR, dalam sesi
debat menzahirkan harapannya untuk membina wanita progresif dan menarik seramai
mana wanita muda dan wanita profesional serta melatih mereka agar hasrat 30
peratus penyertaan wanita di semua peringkat pembuat dasar dan keputusan, dapat
dizahirkan.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel