Connect with us

Berita Lain

‘Rise: Ini Kalilah’, filem PRU14 ditayangkan 13 September ini (VIDEO)

Filem ‘Rise: Ini Kalilah’ akan ditayangkan di pawagam
seluruh negara bermula 13 September ini. ― Foto: Instagram/MS Prem Nath

Sebuah filem adaptasi Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) akan ditayangkan di pawagam sempena sambutan Hari Malaysia
bermula 13 September depan.
Rise: Ini Kalilah mendapat sentuhan tiga pengarah Saw Teong
Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath yang menghasilkan filem dalam masa
singkat, lapor Astro Awani.

“Semua orang seperti hendak pengsan, tetapi kami teruskan
dengan projek ini. Kami betul-betul ingin menghasilkan filem ini dan meraikan
detik bersejarah ini,” kata Saw.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menjalani penggambaran di Malaysia, Singapura, dan United
Kingdom, filem itu dihasilkan oleh Prodigee Film, Filmmaker Studio dan
WebTVAsia.
Ia menampilkan pelakon besar seperti Remy Ishak dan Mira
Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Shashi Taran, Jack Tan, dan Jenn Chia.
Berkisar tentang detik bersejarah 9 Mei lalu, filem
berdurasi 1 jam 40 minit menyaksikan rakyat Malaysia pelbagai latar belakang yang
inginkan perubahan pentadbiran kerajaan.
Remy Ishak yang melakonkan watak Azman, seorang anggota
polis berdepan konflik apabila mendapat tahu rakan sekerjanya menyalah guna
kuasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Apa yang saya belajar daripada watak ini ialah, Azman ada
prinsip dalam hidup. Kita perlu pegang kepada 
kejujuran, amanah dan keikhlasan, yang semakin lama hilang,” katanya.
Sementara Mira melakonkan watak seorang gadis yang menetap
di London dan tidak sedar pentingnya kuasa satu undi membawa makna dalam
menentukan masa depan negara.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel