Connect with us

Berita Lain

RM18 bilion tak hilang, mungkin diguna untuk pembangunan



KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa RM18 bilion kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak hilang, sebaliknya mungkin digunakan untuk tujuan pembangunan.


Presiden Umno itu bagaimanapun, tidak menganggap wang RM18 bilion itu hilang kerana ia dimasukkan dalam akaun yang disatukan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya tidak fikir ia kehilangan (RM18 bilion) kerana ia masuk ke dalam wang ke akaun yang disatukan (consolidated account) maka wang itu harus dilihat berada di dalam kumpulan dana yang disatukan.


“Kalau wang itu dibelanjakan untuk tujuan-tujuan yang tidak mematuhi peraturan maka barulah itu namanya kecurian. Namun, Jika wang itu dibelanjakan untuk pelbagai projek yang ditentukan melalui bajet ataupun ucapan belanjawan atau di luar ucapan belanjawan maka peruntukan tambahan perlu dikemukakan di dewan untuk kami perbahaskan.


“Tapi jangan menuduh untuk memberikan persepsi semuanya kesalahan kerajaan yang lalu kerana kerajaan yang lalu juga didokong oleh pegawai kerajaan terutamanya pegawai kementerian kewangan dan mereka harus berlaku adil terhadap pegawai berkenaan yang menjalankan tugas mengikut ketaatan pada ‘government of the day’, kata Zahid ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.


Beliau mendesak Kerajaan PH untuk berhenti mengamalkan sikap sebagai pembangkang terutamanya dalam dakwaan kehilangan RM18 bilion wang kutipan GST.


Menurut Zahid, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak sepatutnya memainkan peranan sebagai ‘blame game’ sebaliknya jalan terbaik ialah mencari jalan menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.


“Jalan terbaik ialah menyelesaikan bukan memainkan peranan sebagai ‘blame game’.Jika itu merupakan satu pendekatan baharu yang akan diambil melalui pengenalan dan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


“Maka kerajaan yang ada sekarang ini harus mengambil tanggung jawab menyelesaikan permasalahan itu, bersikaplah sebagai kerajaan dan tidak bersikap sebagai pembangkang. Mereka harus bertindak sebagai kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat.


“Jika itu masalah yang sedang dihadapi oleh peniaga-peniaga yang sepatutnya menuntut semula bayaran ataupun tuntutan daripada GST yang harus dibayar semula kepada peniaga-peniaga berkenaan,” kata Zahid ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berpendapat, sikap sebagai kerajaan lebih penting daripada sikap ‘blame game’ seolah-olah PH masih lagi sebagai pembangkang.


“Kalau mereka tidak boleh menyelesaikan masalah itu serahkan pada kami sebagai kerajaan.


Kami akan selesaikan dan mencari jalan untuk menyelesaikannya,” ujarnya.


Semalam, Guan Eng di Dewan Rakyat mendedahkan sejumlah RM18 bilion pengembalian GST didakwa telah hilang di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.


Menurutnya, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel