Connect with us

Berita Lain

RM8 juta tuntutan GST Mydin belum dibayar

Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB



SHAH ALAM – Pengusaha rangkaian pasar raya besar terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhutang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM8 juta kepada syarikat itu.


Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, jumlah tuntutan itu sebahagiannya tidak dibayar sejak Januari 2016 dan bakinya pula pada Oktober 2017.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Selain itu, beliau juga mengakui Mydin menghadapi masalah dari segi tuntutan GST iaitu sama ada terlewat mendapat tuntutan mahupun langsung tidak mendapat bayaran balik daripada Kastam.


“Memang Mydin hadapi masalah (dari segi tuntutan GST) iaitu bayaran balik daripada Kastam, kita tak dapat atau dapat lambat,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas tentang tuntutan GST.


Ameer berkata, mengikut prosedur, Kastam sepatutnya membuat bayaran balik dua minggu selepas syarikat membuat tuntutan.


“Semua peniaga termasuk Mydin akan kontra apa yang kita kutip (kutipan GST bila pelanggan membeli barang di Mydin) dengan apa yang kita bayar (GST dibayar ketika Mydin beli barang dari pembekal). Yang lebih itu kita akan bayar kepada kerajaan.


“Memang logiknya jualan akan lebih daripada pembelian. Jadi mesti semua peniaga kena bayar kepada kerajaan,” katanya.


Beliau berkata, ada masa tertentu peniaga kadang kala terlebih bayar GST terutama musim perayaan dan sesi persekolahan baharu.


“Kadang kala pada musim perayaan, contohnya kita akan import barang lebih dua bulan sebelum raya untuk barang-barang raya itu sampai sekarang, katakan pada Oktober. Jadi bila barang-barang raya masuk, kita akan bayar GST (kerana belian daripada pembekal) pada kerajaan dan perniagaan kita belum naik lagi sebab belum raya.


“Ini bermakna kita beli lebih barang berbanding apa yang dijual dan kita akan bayar kepada kerajaan. Jadi sepatutnya kerajaan kena bayar balik tuntutan GST. Namun bila dua bulan akan datang katakan November atau Disember kita jual lebih, sudah tiada apa hendak kontra sebab belian (daripada pembekal) sudah kurang,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pada itu Ameer turut mencadangkan supaya kerajaan memberi kelonggaran kepada peniaga yang masih belum menerima tuntutan GST, dengan menghentikan sementara pembayaran cukai pendapatan pengusaha syarikat berkenaan.


“Sekurang-kurangnya dengan memberi kontra melalui cukai pendapatan yang dipotong setiap bulan, ia akan meringankan bebanan kewangan syarikat, sementara kami hendak dapatkan semula tuntutan GST yang dihutang kerajaan.


“Kami juga kena bayar gaji pekerja, sewa, bil utiliti dan sebagainya,” katanya.


Dua hari lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataannya di Dewan Rakyat berkata, sejumlah RM18 bilion pengembalian GST didakwa hilang di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel