Connect with us

Berita Lain

Saya tak masuk campur urusan PKR, kata Dr M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
menyangkal sekeras-kerasnya sebaran audio yang mendakwa Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai ‘barua’ yang berkompolot dengannya dalam
usaha menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir menyatakan beliau tidak pernah sesekali bercakap
buruk mengenai Anwar,  Mohamed Azmin
mahupun sesiapa.
Beliau yang juga Pengerusi PH menegaskan bahawa tidak pernah
pun mencampuri urusan dalaman PKR seperti dituduh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Berkenaan audio itu saya tak tahu, saya tak dengar. Tapi
Anwar tak pernah kata pun begitu (Azmin barua Mahathir) kepada saya.
“Apa yang saya dah buat? Ada pernah dengar saya cakap buruk
tentang Anwar? Azmin atau sesiapa?
“Saya tak masuk campur langsung urusan parti mereka (PKR),”
katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Presiden PH yang berlangsung, di sini.
Memetik laporan Sinar Harian, Dr Mahathir turut mempertahankan
pelantikannya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad dan Mohamed Azmin
sebagai ahli lembaga pengarah.
“Kami cuba tukar Khazanah untuk tumpu kepada isu
tertentu yang kebanyakannya saya tahu dan saya terlibat. Malah, saya adalah
orang yang memulakan Khazanah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kami akan cuba meletakkan Khazanah pada landasan yang
betul. Apa salahnya saya jadi Pengerusi?
“Bukannya saya nak jadi CEO atau dibayar gaji RM7
bilion,” katanya.
Sementara itu, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal
Ekonomi  ketika ditanya mengenai rakaman
audio yang tular hari ini, menyatakan beliau tidak tahu dan belum mendengarnya.
“Saya belum dengar, belum tengok, saya tak tahu,” responsnya
ringkas.
Hari ini tersebar tiga rakaman suara mirip, Anwar yang tidak
dikatakan tidak puas hati dengan Mohamed Azmin dan Dr Mahathir.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel