Connect with us

Berita Lain

‘Saya tak pernah ‘menyibuk’ urusan Umno’



KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjernihkan ketegangan Umno bahawa dirinya tidak pernah ‘menyibuk’ dalam urusan pentadbiran parti itu seperti didakwa beberapa pimpinan lain.


Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, beliau tidak pernah lagi masuk campur urusan pentadbiran Umno sejak mengosongkan posisi presiden parti Melayu itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Malah katanya, penggantinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bebas untuk membuat keputusan bahkan Najib memaklumkan, sentiasa memberi sokongan penuh dan kerjasama kepada kepimpinan Ketua Pembangkang itu.


“Saranan untuk saya jarakkan diri daripada Umno, saya tak fikir perkara itu jadi masalah kerana, lepas tak lagi menjadi Presiden Umno, saya tidak pernah lagi campur tangan dalam pentadbiran Umno.


“Zahid bebas untuk buat keputusan contohnya lantikan dalam organisasi Umno, termasuk juga calon BN untuk PRK Dun Sungai Kandis, saya tak pernah masuk campur malah mendukung penuh penuh kepada kepimpinan beliau,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


Najib menegaskan, beliau bersuara kerana mempertahankan dasar, menghapuskan salah faham dan membetulkan beberapa manipulasi fakta dan angka.


“Saya menjelaskan kedudukan sebenar,saya cuma mempertahankan diri untuk keadilan.


“Saya juga patut mendapat hak sebagai warganegara untuk menerangkan dasar dan alasan mengapa saya melakukan sesuatu perkara itu,” jelasnya.


Malah menurutnya, kehadirannya dalam siri kempen PRK Dun Sungai Kandis  sebagai memenuhi undangan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan juga atas dasar kenang budi kerana sokongan yang berikan kepadanya ketika ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Bagaimanapun, Najib menyatakan beliau tidak akan lagi turun berkempen untuk BN dalam siri kempen PRK Dun Balakong dan Seri Setia kerana ingin berehat.


“Tak perlu, saya nak berehat,” katanya ringkas.


Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyarankan Najib supaya ‘faham-faham sendiri’ bila masa beliau perlu jarakkan diri daripada Umno.


Katanya, Najib sepatutnya mengambil langkah yang sama seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Presiden Umno iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Mengulas lanjut Najib berkata selaku bekas menteri kewangan perlu beri penerangan mengenai hutang negara iaitu bukannya RM1 trilion seperti yang didakwa tetapi RM686 juta selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.


“Dan RM19 bilion yang dikatakan hilang, saya percaya ianya tidak hilang.


“Dan saya mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menjalankan penyiasatan penuh dan membentangkan laporan dengan segera.


“Selain itu ada juga isu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyebabkan harga barang akan naik,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel