Connect with us

Berita Lain

Shahrir mohon batal saman RM100 juta, isu tanah Felda

Tan Sri Shahrir Abdul Samad – Foto: The Sun Daily

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir
Abdul Samad memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah berjumlah
RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade
Sdn Bhd berhubung isu tanah Felda.
Perkara itu dimaklumkan peguam Farah Shuhadah Razali,
mewakili Shahrir kepada pemberita selepas pengurusan kes saman di dalam kamar
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas hari ini, yang turut
dihadiri peguam Priscilla Tan bertindak bagi pihak Synergy.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Farah berkata permohonan untuk membatalkan saman itu
difailkan minggu lepas, atas alasan tuntutan saman difailkan plaintif (Synergy)
tidak mengikut peraturan dan syarikat berkenaan tidak mempunyai asas untuk
menuntut ganti rugi RM100 juta daripada defendan (Shahrir).
“Plaintif juga memohon untuk membatalkan pembelaan difailkan
defendan (Shahrir) dan pada masa sama, anak guam saya memohon untuk meminda
pembelaannya,” kata peguam itu yang turut memaklumkan 1 Oktober ditetapkan
untuk pengurusan kes selanjutnya.
Pada 4 Jun lepas, Synergy menyaman Shahrir, yang ketika itu
pengerusi Felda, atas dakwaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah
antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa,
laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa
kenyataan-kenyataan itu menyebabkan reputasi mereka tercalar selain
mengakibatkan plaintif kehilangan projek-projek yang sedang diusahakan.
Syarikat itu menuntut satu perintah injuksi bagi menghalang
defendan menerbitkan semula kenyataan tersebut serta ganti rugi RM100 juta,
faedah, kos dan relief lain yang sesuai. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel