Connect with us

Berita Lain

Syed Saddiq perlu mohon maaf gelar NGO macai

Mohd Sahar (duduk, tengah) beramah mesra dan mendengar permasalahan penduduk pada Program Sarapan Pagi bersama Ahli Parlimen Paya Besar di Permatang Badak di sini, hari ini

KUANTAN – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu memohon maaf atas kenyataan beliau melabelkan beberapa NGO belia sebagai macai politik di Parlimen, semalam.


Ketua Pemuda Umno Negeri Pahang, Mohd Sahar Abdullah kecewa dengan tindakan  Ketua Pemuda Bersatu itu yang hanya melihat macai politik hanya berlaku pada kerajaan terdahulu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, Syed Saddiq perlu  mengambil perhatian serius dikhuatiri menjadi ikutan anak-anak muda menjadikan menteri sebagai ikon mereka.


“Menteri (Syed Saddiq) jangan lupa ada juga pemimpin parti politik yang terdiri daripada parti menteri sendiri juga memegang jawatan dalam pertubuhan NGO…adakah  mereka juga macai politik.


“Saya harap beliau bersifat adil dalam membuat pengakuan lebih- lebih lagi NGO yang disebutkan seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) yang sudah gah dan mempunyai sejarah besar dari segi perjuangan,”katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Program Sarapan Pagi bersama Ahli Parlimen Paya Besar di Permatang Badak di sini, hari ini


Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata NGO belia banyak mewakili suara belia dan anak muda dan banyak sumbangan kepada pembangunan negara.


“GPMS telah bergiat aktif selama berpuluh tahun dan telah pun melahirkan ramai pemimpin di negara ini. Takkan dia nak sebut perdana menteri terdahulu yang bergiat aktif dalam GPMS itu juga macai politik.


“Kerana itu takrifan tersebut tidak harus dilakukan. Sepatutnya beliau harus menggunakan kaedah yang lebih baik menyatakan apa yang ingin dilakukan daripada menuduh sesuatu agensi  atau NGO bertindak sebagai macai untuk parti politik,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Tambahnya, pihaknya yakin kerajaan baharu ini konsepnya bukanlah bersifat menunding jari kepada orang lain tanpa melihat apa yang ingin dilakukan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Sinar Harian semalam melaporkan KBS nekad mahu membersihkan persatuan belia daripada menjadi macai politik kepada kerajaan.


Syed Saddiq berkata, peranan persatuan belia perlu dikembalikan sebagai suara pendesak terkuat dalam menentukan hala tuju negara.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel