Connect with us

Berita Lain

Tarik peruntukan: KJ nafi tuduhan Syed Saddiq



KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan pernah menarik peruntukan kepada persatuan belia yang bersikap kritikal terhadap kerajaan sebelum ini.


Menurut Khairy, perkara itu tidak pernah dilakukan sepanjang beliau berkhidmat sebagai menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sewaktu jadi menteri saya tak pernah tarik peruntukan kepada mana-mana persatuan atau individu walaupun mereka kritikal menyuarakan pandangan yang tak sehaluan dengan kerajaan. Malah, saya pernah lantik mereka yang hadir perhimpunan anti kerajaan sebagai ikon belia.


“Sebarang tuduhan mestilah dibuktikan, setahu saya KBS sebelum ini tak pernah tarik peruntukan,” katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, Syed Saddiq dalam ucapannya berkata mahu membebaskan persatuan belia daripada pengaruh politik.


Hal ini kerana, menurut Syed Saddiq, ada beberapa persatuan belia yang menyokong kerajaan kerana bimbang peruntukan mereka ditarik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menyokong usaha Syed Saddiq untuk menjadikan KBS sebagai kementerian berintegriti.


“Saya sokong usaha untuk jadi kementerian terbaik dari segi governance dan saya sedia bekerjasama dengan menteri, SPRM dan Jabatan Audit sekiranya diperlukan,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel