Connect with us

Berita Lain

Tun M cadang bina taman tema di Langkawi



LANGKAWI: Taman tema dapat menjadi satu lagi produk yang boleh dimajukan di Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong sepanjang masa di pulau ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya, pulau ini masih mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi memulakan projek seumpama ini dan beberapa syarikat Malaysia sudah menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ramai sudah memasuki bidang ini (mengusahakan taman tema) dan mereka telah berjaya mendapat sambutan yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman semulajadi yang menjadi tarikan pelancongan terbaharu di pulau ini.


Menurutnya penganjuran acara-acara antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima) yang diadakan sejak 1990-an telah berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai tetapi ini hanya berlaku dalam beberapa hari sahaja.


“Lima hanya diadakan untuk empat hari sahaja. Kita mahukan projek pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong sepanjang tahun dan ini dapat dilakukan melalui projek taman tema,” katanya.


Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata kerajaan pimpinannya  mempunyai beberapa perancangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.


Antaranya  penyediaan kemudahan untuk produk pelancongan di kawasan pergunungan dan pulau di sekitar Langkawi.


Beliau berkata kawasan paya bakau di sini juga menjadi tarikan yang unik dan perlu disediakan dengan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan pelancong menikmatinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kawasan mangrove (paya bakau) ini akan kita cuba terus kekalkan tetapi kita perlu adakan banyak lagi kemudahan untuk pelancong. Kalau (paya bakau ini) menarik tetapi tidak dapat dilihat, tiadalah gunanya,” katanya.


Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut dibawa  melawat sekitar kawasan taman itu yang memiliki lebih 80 spesies haiwan dari dalam dan luar negeri.  — Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel