Connect with us

Berita Lain

Tun M rasmi lampu limpah Litar SIC

Dr Mahathir memandu sendiri kereta Ferrari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas menyempurnakan perasmian lampu limpah SIC, Rabu malam. Foto Bernama



SEPANG: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu malam diberi penghormatan untuk merasmikan lampu limpah yang ekstensif menerangi keseluruhan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.


Dr Mahathir merupakan penggerak industri pembangunan sukan permotoran negara apabila beliau melancarkan litar canggih itu ketika menjadi perdana menteri pada 1999.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ia satu penghormatan yang hebat untuk melancarkan komponen tambahan yang penting kepada fasiliti di Litar SIC,” katanya.


Sementara itu, Pengerusi SIC, Tan Sri Mohamed Azman Yahya berkata, SIC telah mengambil inisiatif untuk memasang lampu limpah di litar sepanjang 5.543 kilometer berikutan tempahan tinggi bagi penggunaan kemudahan tersebut.


Menurutnya, kemudahan terbaru itu akan membolehkan SIC menjual lebih banyak masa trek terutama pada hujung minggu serta pelumbaan waktu malam yang semakin popular dalam kalangan peminat dan penganjur sukan permotoran.


“Kami merasakan bahawa satu-satunya peluang untuk meningkakan tempahan adalah menerusi pembukaan trek di waktu malam… jadi kami memutuskan untuk melakukannya dengan memasang lampu limpah di sepanjang trek,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Beliau berkata, kemudahan pencahayaan litar itu dapat dilaksanakan dengan menggunakan kepakaran mereka yang terlibat dalam projek seumpama ini di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, Litar Antarabangsa Losali di Qatar, Litar Jukasa Motor Speedway di Kanada dan Litar Antarabangsa Bahrain. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel