Connect with us

Berita Lain

Wan Azizah tak lepas jawatan untuk suami

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berhasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada suaminya yang baru sahaja memenangi jawatan presiden PKR.


Dia turut mengesahkan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen Pandan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Tidak akan, InsyaAllah saya akan kekal,” ujarnya sewaktu ditemui media di lobi Parlimen pada Isnin.


Pada Ahad (5 Ogos), Anwar diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding.


Anwar menggantikan isterinya, Wan Azizah yang tidak mempertahankan jawatan itu menerusi pemilihan kali ini.


Sementara itu, timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berkata, kemenangan Anwar menjadi bukti bahawa beliau mendapat sokongan penuh ahli parti.


“Ini menunjukkan semua ahli melihat Anwar mempunyai peranan penting untuk mengemudi PKR yang juga parti terbesar dalam blok Pakatan Harapan.


“Sudah tentu kepimpinannya mampu memberi manfaat kepada parti dan juga kepada Pakatan secara keseluruhan,” ujarnya di lobi Parlimen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Nurul Izzah Anwar turut menafikan desas-desus yang mengatakan dia bakal mengundur diri sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada bapanya.


“Saya sudah ada beberapa projek untuk Permatang Pauh dan sangat komited untuk bersama mereka sebagai ahli parlimen sepanjang penggal ini,” ujarnya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel