Categories: Berita Lain

Kursus belajar demo bukti iltizam Umno nak lawan HARAPAN


Salah seorang pemimpin utama Umno ketika ini, Lokman Noor
Adam, parti itu sedang mempersiapkan “tentera” dalam usaha mereka
“memusnahkan” parti yang sedang memerintah sekarang.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam
memberitahu “tentera” terbabit memiliki semangat juang yang tinggi
bagi menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN).
Mengulas mengenai satu klip video yang tular sejak semalam,
Lokman mendakwa ia juga menjadi isyarat jelas bahawa Umno sentiasa membawa isu
rakyat, bukannya hal-hal perkauman sempit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dengan tersebarnya video itu, baru ahli Umno sendiri
sedar bahawa kepimpinan baru parti di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
sebagai presidennya sedang menyediakan bala tentera untuk memusnahkan Pakatan
Harapan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Terdahulu satu klip video pendek menjadi tular sebelum
dipersendakan sesetengah pihak, terutama penyokong kerajaan.
Melalui klip video itu kelihatan sekumpulan orang berlatih
mengadakan demonstrasi. Menurut keterangan mengiringi klip video itu aksi
tersebut ialah sebahagian daripada pengisian kursus asas Umno untuk menjadi
pembangkang berkesan.
Ia diadakan selama tiga hari mulai 31 Ogos, dipercayai di
sebuah pusat latihan milik Umno di Janda Baik, Pahang.
Tak tahan lama
Sejak negara mencapai kemerdekaan Umno tidak pernah menjadi
pembangkang sehinggalah pada 9 Mei lalu apabila pilihan raya umum (PRU)
diadakan.
Untuk rekod Lokman menjadi antara pemuda yang mula mencipta
nama dalam politik sejak era reformasi 1998 apabila mempertahankan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Beliau sendiri ketika itu sering menyertai tunjuk perasaan
mendesak Tun Dr Mahathir meletak jawatan.
Bagaimanapun beliau kemudian menyertai Umno semula dan
berkhidmat sebagai salah seorang panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di
bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
JASA bagaimanapun dibubarkan kerajaan HARAPAN.


Selain klip video berkenaan, satu lagi gambar memaparkan
jadual program kursus tersebut turut menjadi tular. Antara lain pengisian
program tersebut melibatkan debat kedai kopi dan simulasi membuat laporan
polis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kata Lokman pihaknya selalu mengadakan tunjuk perasaan
menuntut janji 100 hari HARAPAN namun mendakwa tiada media yang dikuasai
gabungan itu membuat laporan.
“(Tersebarnya) simulasi demonstrasi kami ini pun cukup
untuk memberi isyarat bahawa rakyat mahu HARAPAN menunaikan janji,”
katanya.


Lokman yang juga pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan
Pemantau Prestasi Kerajaan turut secara sinis mengucapkan terima kasih kepada
bloger Milo Suam kerana menyebarkan klip tersebut.
“Jika mereka tahu apa yang berlaku sepanjang tempoh
tiga hari (program berlangsung), bermakna mereka juga mengetahui semangat
Laskar Jihad Umno, keberanian mereka dan kemampuan mereka.
“Maka bolehlah disampaikan jua bahawa hayat
pemerintahan HARAPAN tidak akan bertahan (selama) enam bulan lagi,”
katanya.
Dalam kenyataan sama Lokman secara tidak langsung mengakui
klip itu tersebar kerana berlau ‘kebocoran’ tapisan keselamatan.
Katanya ia dirakam seorang anggota Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) yang namanya masih tersenarai sebagai ahli Umno.
Sementara itu berdasarkan maklumat di Facebook Lokman,
kursus tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diketuainya, Pemantau Malaysia
Baru, bersama Jawatankuasa Komunikasi dan Media Umno.
Kursus Asas Pembangkang Berkesan itu diadakan bagi
mengukuhkan persediaan sukarelawan Umno untuk menjadi barisan pembangkang yang
berjiwa kental dan berwibawa. – Malaysiakini


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

19 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago