Categories: Berita Lain

Tolak Dr Mahathir, rakyat Kelantan memang pandai, kata wakil PAS


KUALA LUMPUR — Wakil rakyat PAS bersetuju dengan Tun
Dr Mahathir Mohamad yang memuji kepandaian rakyat Kelantan.
Ahmad Fadhli Shaari berkata kepandaian itu terbukti apabila
tidak memilih parti yang dipimpin perdana menteri, lapor Projek MM.
“Termasuk 1990, sebanyak tiga kali pilihan raya umum rakyat
Kelantan telah menolak Dr Mahathir sehinggalah beliau berundur pada 2003,” kata
ahli parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam pilihan raya umum terkini pada Mei yang lepas juga,
rakyat Kelantan sekali lagi membuktikan kepandaiannya dengan tidak memberikan
satu kerusi pun kepada Pakatan Harapan (PH) yang telah menobatkan Dr Mahathir
sebagai calon perdana menteri.”
Semalam, Dr Mahathir mendakwa walaupun rakyat Kelantan
pandai tetapi negeri itu miskin kerana PAS tidak dapat mentadbir sendiri.
Tegas pengerusi PH, ramai orang Kelantan berjaya dengan
perniagaan di tempat lain, bukan di negeri sendiri.
Dalam pada itu, Fadhli yang juga ketua pemuda PAS negeri
meminta Dr Mahathir memberi penjelasan sejak bilakah Kelantan miskin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika dikatakan miskinnya Kelantan sejak 1990 kerana
ditadbir PAS, maka saya kira bekas pemimpin PAS yang berada dalam kerajaan hari
ini perlu berbisik sepatah ke telinga Tun kerana tohmahannya itu sekaligus
memburukkan pentadbiran almarhum Nik Aziz selama 23 tahun,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago