Categories: Berita Lain

Daim: Jho Low hubungi saya mahu bincang isu 1MDB

Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun
Daim Zainuddin, mendedahkan ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek
Jho atau Jho Low, ada menghubunginya beberapa kali bagi membincangkan isu
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Daim berkata, Jho Low ada menghubunginya ketika bekas
Menteri Kewangan itu menggesa ahli perniagaan berkenaan pulang ke Malaysia jika
dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Malah, katanya, Jho Low pernah menawarkan diri untuk
membantu dalam kes 1MDB ketika kunjungannya ke China pada Jun lalu, namun
beliau enggan melayan permintaan ahli perniagaan kontroversi itu.
“Ketika sidang media pertama apabila saya jadi Pengerusi
MPK, saya kata, kalau Jho Low betul-betul tidak bersalah, baliklah (ke
Malaysia). Malam itu dia (Jho Low) telefon.
“Bila (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar
saya ke China, Jho Low membuat provokasi. Dia mahu bercakap dengan saya, (tapi)
saya tidak mahu.
“Bila (Jho Low) telefon, saya suruh wakil saya cakap. Dia
kata, dia boleh tolong,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang
disiarkan di TV3, malam tadi.


Rancangan itu bersiaran selama sejam dengan Tan Sri Johan
Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut laporan Berita Harian lagi, Daim berkata, Jho Low adalah dalang di sebalik skandal 1MDB
dan beliau bertanggungjawab menghubungkan syarikat pelaburan strategik negara
itu dengan beberapa negara seperti Abu Dhabi, Arab Saudi, Amerika Syarikat
(AS), Australia, Hong Kong, Singapura dan Switzerland.
“Hubungan ini satu dunia tahu, kita dapat dengar di CNN,
BBC, malah berita China semua keluar sebagai berita utama. Afrika pun tahu.
“Cuma di Malaysia saja tak tahu. Dalam Parlimen tidak boleh
cakap. Tiada keikhlasan dan ketelusan (tetapi) akhirnya orang tahu juga, jadi
apa guna nak tipu,” katanya.


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago