Categories: Berita Lain

PKR kosongkan kerusi untuk Anwar minggu depan, kata Rafizi


Satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR pada pilihan raya
umum lalu akan dikosongkan pada minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
Perkara itu diumumkan calon timbalan presiden PKR, Rafizi
Ramli sambil menegaskan bekas timbalan perdana menteri itu akan kembali ke parlimen
dalam masa terdekat, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi
parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
“Minggu depan Insya-Allah satu kerusi dikosongkan dan
insya-Allah Anwar Ibrahim akan kembali ke parlimen,” katanya ketika berceramah
di program #Reformasi20Tahun di Kota Bharu, malam tadi.
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak
kisah dengan segelintir anggota parlimen partinya yang tidak mahu memberi
laluan untuk Anwar kembali ke parlimen kerana masih ramai yang sudi.
Bekas anggota parlimen Pandan itu berkata, jika pemimpin
seperti penyandang Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Presiden
Datuk Seri Azmin Ali enggan memberi laluan ia tidak menjadi masalah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Zuraida tak nak bagi (kerusi) tak apa, Azmin tak nak
bagi tak apa. Ramai lagi orang lain yang sanggup beri laluan,” katanya.
Tambah Rafizi, pihak mempunyai dua kepentingan yang perlu
diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan
anggota parlimen serta perdana menteri kelapan.
“Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan
ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua
umum.
“Kita susun yang pertama pertandingan dan pemilihan
kali ini Anwar jadi presiden parti,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago