Categories: Berita Lain

‘Baru empat bulan dah teruk, apa lagi kalau 60 tahun’


KUALA TERENGGANU – Kerajaan PH yang baru mentadbir negara
empat bulan didakwa lebih teruk daripada Umno-BN yang memerintah selama enam
dekad ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,
pemerintahan PH lebih dahsyat hinggakan kes yang telah didakwa di mahkamah juga
diselesaikan begitu sahaja.
“Kalau dulu Umno sudah memerintah 60 tahun, ada juga menteri
besar, menteri yang dibawa ke mahkamah sebab kes rasuah yang dipenjara pun ada.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“PH baru memerintah berapa bulan? Bawa ke mahkamah
diselesaikan begitu sahaja. Memerintah empat bulan dah ada masalah apa lagi
kalau 60 tahun, lebih teruk daripada Umno lagi, lebih dahsyat, ini yang kita
alami,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas kali
pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Hadi sempat menyampaikan penghargaan
ke atas sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas yang menjadi jambatan kepada
parti.
“Terima kasih kepada yang hadir, besar maknanya kepada kami.
Terima kasih jadi jambatan menghubungkan Pas dengan masyarakat bukan Islam,
“Usaha ini bukan mudah kerana Pas juga berdepan Melayu Islam
yang payah. Setelah mereka ketinggalan daripada agama mereka sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerana mereka dididik oleh penjajah sehingga mereka tak
tahu bahawa Islam itu lain, Melayu itu lain. Bila masuk Islam dikatakan masuk
Melayu,” katanya.
Katanya, orang bukan
Islam hanya melihat Islam sebagai agama sedangkan Islam adalah Addin yang
merangkumi semua aspek kehidupan manusia bukan sahaja urusan agama, termasuk
politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.
“Tanggungjawab kita ialah nak memperkenalkan politik Islam
dan pemerintahan Islam tanpa peduli agama yang dianuti. Walaupun kewajipan kita
sebagai orang Islam ajak orang masuk Islam.
“Tapi kita dilarang memaksa orang yang bukan Islam. Kita
diwajibkan ALLAH berlaku adil dan memperkenalkan politik Islam ini,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

4 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

1 day ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

5 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago