Categories: Berita Lain

Anwar: ‘Saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara’


KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun beliau ‘memasukkan’ Anwar ke dalam penjara.

Begitupun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kemaafan itu hanya untuk apa yang telah diperlakukan kepada dirinya, bukan atas apa dilakukan kepada rakyat, lapor Sinar Harian.

“Saya kata dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara…dua minggu pertama saya tidur atas simen.

“Tapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya maafkan, kena ikut proses lah. Kalau terbukti dia bersalah, nasiblah.

“Apa saja yang anda ambil daripada rakyat, anda mesti bertanggungjawab,” katanya dalam dialog bersama anak muda di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Menurutnya, beliau memilih untuk memaafkan Najib kerana mahu meneruskan kehidupan dengan baik dan terus maju ke hadapan.

Tambah Anwar, situasi itu hampir sama ketika beliau mengumumkan telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga ramai bertanya bagaimana beliau boleh berbuat demikian.

“Mereka tanya bagaimana boleh maafkan senang-senang? Tak senang sebab hatiku sakit, luka tetapi saya fikir pula, takkan ini soal Anwar sahaja.

“Soal rakyat bagaimana, soal negara bagaimana? Mereka tanya lagi bagaimana saya boleh bekerja dengan Tun Dr Mahathir.

“Masa saya gaduh orang nampak tapi masa saya kawan baik dulu, tak nampak pula,” ujarnya.

Bagi Anwar, hubungan baik antara beliau dan Dr Mahathir terjalin selepas mereka putuskan untuk bersatu melawan rasuah dan perompak negara.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago