Categories: Berita Lain

Amaran PM: Siapa abaikan rakyat akan ditumbang kuasa rakyat


KOTA KINABALU, 17 Sept — Sambutan Hari Malaysia pada tahun
ini berbeza kerana buat pertama kalinya disambut dengan kerajaan Persekutuan
yang baharu dipimpin oleh gabungan parti politik berlainan, kata Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14)
lalu menyaksikan Pakatan Harapan telah menggantikan Barisan Nasional (BN), yang
sebelum itu dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah Persekutuan Tanah
Melayu dan kemudian Malaysia sejak merdeka lagi, iaitu selama 61 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Perubahan ini bukan sesuatu yang kecil. Ini kerana sebelum
PRU14, penganalisis dan pemerhati politik rata-rata mengatakan adalah sukar
[menumbangkan BN] malah ada yang mengatakan mustahil … “impossible” untuk
menjatuhkan kerajaan yang sudah bertapak sejak 61 tahun lalu.
“Alhamdulillah, Pakatan Harapan berjaya [menumbangkan BN]
walaupun tidak dijangka. Kejayaan ini adalah kehendak rakyat. Ia adalah sejenis
‘people’s power’ — kuasa rakyat.
“Barang siapa membelakangkan rakyat akan menerima nasib sama
[dijatuhkan menerusi kuasa rakyat]. Justeru, Pakatan Harapan dan Parti Warisan
Sabah harus memahami hakikat ini,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan
Hari Malaysia di Padang Merdeka di sini malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir berkata perubahan itu telah membawa kepada
penggunaan slogan “Malaysia Baharu” secara meluas dan secara langsung, dengan
harapan rakyat dan pemerintah, menolak cara kerajaan terdahulu yang mengamalkan
pemerintahan kleptokrasi, menolak demokrasi dan tidak berpandu kepada
undang-undang.
“Antara perkara pokok yang kita mahu ubah bersama-sama
adalah budaya rasuah yang begitu menular dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno
dan BN dan jentera kerajaan di bawah mereka.
“Kepercayaan bahawa ‘cash is king’ atau duit adalah raja
jelas tidak benar. Tolak sahajalah slogan ini dan kembali kepada ‘bersih, cekap
dan amanah’,” katanya. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago