Categories: Berita Lain

Gara-gara tawar khidmat seks pada polis, wanita dipenjara sebulan


Seorang wanita terpaksa meringkuk di dalam penjara selama
sebulan akibat menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis.
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki menjatuhkan hukuman
itu terhadap S.L. Mahaletchumy, 37, selepas dia mengaku bersalah atas
pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.
Wanita itu yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan
kesalahan itu di hadapan Hotel Sun Ya, di Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur pada
7.15 malam, 14 Sept lepas mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara
itu mulai tarikh tangkap pada 14 Sept lepas.
Di mahkamah sama, seorang pengawal keselamatan, Sani
Ghazali,38, dihukum penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan
mencuri pelbagai jenis coklat bernilai RM126 di Pasaraya Aeon, Mid Valley di
sini pada 10.45 malam, 15 Sept lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan
denda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Di Mahkamah Majistret berlainan, seorang pekerja kedai besi
buruk, T.D. Murugesaan, 30, dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku
bersalah atas pertuduhan mencuri sebuah van berharga RM8,000 di Sri Rampai,
Wangsa Maju, pada 1 Mei lepas.
Majistret Wong Chai Sia memerintah Murugesaan yang tidak
diwakili peguam itu menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap pada
1 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago