Monday, December 08, 2025

‘Tun’, ‘Mahathir’ antara nama bayi popular direkod JPN

September 18, 2018
1 min read

PUTRAJAYA, 18 Sept — Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa
menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang anak oleh ibu bapa untuk
didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Oleh sebab itu tidak hairanlah jika nama seperti “Tun” dan
“Mahathir” ialah antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai
4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.
Bagaimanapun, menurut JPN penggunaan nama Tun ketika ini
hanya dibenarkan kepada mereka yang ada keturunan Tun sahaja dan berbeza dengan
keadaan sebelumnya yang boleh digunakan tanpa mengira keturunan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim berkata
berdasarkan rekod jabatan itu, orang yang bernama “Malaysia” juga mencatatkan
jumlah yang tinggi iaitu seramai 129 orang manakala nama “Merdeka” 102 orang.
“Pihak JPN mempunyai beberapa standard yang perlu dipatuhi
sebelum pihak ibu bapa memberi nama kepada JPN khasnya dari segi maksud kerana
sesetengah nama memberi makna yang berbeza kepada sesuatu kaum.
“JPN tidak menghalang nak letak nama apa pun, namun jika
nama tersebut boleh memberi kesan kepada penama, JPN akan berikan cadangan nama
lain yang sesuai,” katanya kepada Bernama dalam satu temu ramah eksklusif di
sini baru-baru ini.  


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya pemilihan nama oleh ibu bapa banyak dipengaruhi
keadaan dan faktor semasa seperti politik, sukan, hiburan mahupun peristiwa
penting yang berlaku semasa bayi tersebut dilahirkan.
“Kalau anak itu lahir ketika politik negara tengah panas,
mana lahirlah nama-nama pemimpin politik, begitu juga jika anak lahir ketika
Piala Dunia mahupun ketika kemunculan beberapa artis terkemuka, jadi ia memang
boleh mempengaruhi,” katanya.
Dalam pada itu katanya nama negeri turut menjadi pilihan
seperti Sabah iaitu seramai 176 orang, Johor (163), Perak (130), Melaka (91)
dan Kedah (60).
Selain itu katanya turut popular adalah nama Pahang (37),
Sarawak (12), Labuan (8), Perlis (7), Putrajaya (5), Selangor (3), Kelantan (2)
dan Pulau Pinang (1) manakala untuk nama Terengganu belum ada dalam rekod
setakat ini.
JPN bertanggungjawab bagi mendaftarkan setiap kelahiran bayi
yang berlaku di Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Akta Pendaftaran
Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.10) bagi negeri Sarawak dan
Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.123) bagi negeri Sabah. —
Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti