Categories: Berita Lain

Jho Low selangkah lebih awal daripada pihak berkuasa – Tun Mahathir

Jho Low


NEW YORK – Pihak berkuasa Malaysia telah menerima beberapa
maklumat mengenai keberadaan jutawan buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali
sebagai Jho Low daripada beberapa pihak termasuk rakyat Malaysia, kata Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Namun, dia mengetahui terlebih dahulu mengenai
tindakan yang mungkin kita ambil dan dia hilang,” katanya kepada media
Malaysia di sini hari ini.
Mahathir berkata meskipun menghadapi banyak kesukaran pihak
berkuasa melakukan yang terbaik tetapi malangnya setakat ini mereka belum
berjaya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika anda tahu, beritahu dan ambil tindakan. Sila
beritahu kami di mana dan kami perlu berunding dengan negara berkenaan.
“Semua perkara ini tidak dihebahkan, lebih
kurang,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya sama ada benar ahli perniagaan yang diburu itu
berada di China, Dr Mahathir berkata: “Kami diberitahu dia berada di China
di antara tempat-tempat lain.
Kami juga diberitahu dia berada di Bangkok. Beliau seolah-olah mempunyai keupayaan untuk mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang akan kita lakukan “.
Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng, didakwa tanpa
kehadiran mereka di Malaysia bulan lalu
atas wang yang didakwa dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pelbagai
negara termasuk peguam negara Amerika Syarikat
dan Switzerland untuk mengembalikan wang yang didakwa dicuri itu. –
Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago