Connect with us

Berita Lain

Anifah pula keluar Umno



Kurang 24 jam Datuk Seri Mustapa Mohamed bertindak meninggalkan Umno, seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan yang sama.

Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.
Portal Utusan Malaysia melaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik sumber, portal itu berkata Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di ibu negara.
Keputusan Anifah itu membawa jumlah ahli parlimen Umno di Dewan Rakyat kepada hanya 49, dan di belakang PKR yang mempunyai 50 wakil rakyat serta menjadi parti terbesar di Parlimen.
Sebelum Anifah dan Mustapa meninggalkan parti itu, tiga lagi anggota Parlimen Umno yang lain juga mengambil tindakan sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mereka adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.
Terdapat juga spekulasi bahawa lebih banyak ahli parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat.
Peletakan jawatan Anifah dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.
Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umno selepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak memandangkan Mustapa memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu. – Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel