Connect with us

Berita Lain

Anwar bakal bertanding di Port Dickson?


SEREMBAN – “Saya tidak menerima maklumat ini dan
bagaimana you media boleh dapat maklumat?,” kata Menteri Besar Negeri
Sembilan Aminuddin Harun berhubung kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson.
Aminuddin yang juga pengerusi PKR Negeri Sembilan ketika
dihubungi Bernama berhubung spekulasi ini berkata setakat ini beliau masih
belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Seminggu dua ini keadaan politik negara sibuk memperkatakan
kerusi Parlimen manakah yang akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada  Anwar 
untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) sebagai persiapan untuk
menjadikan beliau sebagai perdana menteri ke-lapan.
Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan
presiden PKR sebelum ini digembar-gemburkan akan bertanding di negeri
kelahirannya iaitu Pulau Pinang dan kemudiannya Kedah serta Pandan, Selangor
dan terbaru di Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR selama tiga penggal
sejak 2008.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan komen
daripada penyandang kerusi Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal
Abdullah berhubung desas-desus ini, gagal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Untuk rekod, Danyal Balagopal ialah wakil tunggal PKR
daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, Danyal
Balagopal, 68, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalahkan
calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS 
Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,110 undi. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel