Connect with us

Berita Lain

Anwar: Tak mudah jadi perdana menteri ketika ini

Foto: Kosmo

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau sendiri akan
berdepan dengan kesukaran mengurus dan memulihkan ekonomi negara sekiranya
memegang jawatan perdana menteri pada ketika ini.
Presiden PKR itu berkata ia kerana negara dibebani dengan
hutang yang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Justeru, katanya, memegang jawatan nombor satu negara bukan
satu tugas yang mudah kerana tiada siapa menjangkakan ekonomi negara seteruk
ini selain terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan baharu memang banyak cabaran, kalau saya jadi
perdana menteri pun tidak mudah, tiada siapa boleh jangka ekonomi negara kita
teruk macam ini, dengan masalah Felda dan 1MDB,” katanya ketika berucap
merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kedah dan Perlis, di Alor Setar
hari ini.
Beliau berkata apa yang menghairankan ketika ini adalah
apabila ada dalam kalangan pemimpin Umno yang mengkritik kerajaan baharu dengan
pelbagai modal, sedangkan ‘kerosakan’ negara itu adalah berpunca daripada
mereka.
Berhubung pemilihan parti, Anwar berkata pihaknya tidak rela
ada pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan masing-masing untuk meraih undi kerana
setiap jawatan yang diberikan adalah amanah yang perlu dipikul untuk membawa
agenda transformasi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut beliau, pihaknya tidak akan menyingkirkan mana-mana
calon yang kalah dalam pemilihan sebaliknya mereka akan dibawa bersama-sama
untuk menerajui parti pada masa akan datang.
“Sehubungan itu saya ingin menasihatkan anggota parti
agar pilihlah pemimpin yang jujur, baik, istiqamah dalam perjuangan, tidak
sombong dan tidak tunjuk kekayaan tapi mempamerkan kesederhanaan serta tegas
mempertahankan parti,” katanya.
Pemilihan parti itu akan berlangsung pada 14 Sept hingga 13
Okt di seluruh negara.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel