Connect with us

Berita Lain

Anwar tolak jika ada usaha iktiraf kahwin sejenis

Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port
Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu
supaya perkahwinan sejenis diiktiraf di negara ini.
“Apa yang mereka buat, kita tak tahu, itu dia dengan tuhan.
Tetapi nak paksa kita terima kahwin sesama jenis, kita tolak,” katanya
yang menyifatkan tidak wajar bagi golongan yang memperjuangkan agenda lesbian,
gay, biseksual dan transeksual (LGBT) memaksa pihak lain menerima pandangan
mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Umum PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan
tazkirah Maal Hijrah di Masjid Jamek Pasir Panjang di Port Dickson hari ini
yang turut dihadiri Pengerusi PH dan PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Majlis itu dihadiri 200 penduduk tempatan dan ia program
ketiga dalam siri kempennya hari ini selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar
Besar Port Dickson awal pagi ini dan merasmikan jamuan Tokong Dewa Chi San
Liang Gong di Bukit Pelandok di Port Dickson.
PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru
melibatkan PH, PAS dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri
Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd
Saiful Bukhari Azlan.
SPR menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9
Okt sebagai hari pengundian awal. 
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel