Connect with us

Berita Lain

Azmin: ‘Jangan ragu kesetiaan saya kepada parti”


SUNGAI PETANI, 20 Sept ― Timbalan Presiden PKR Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali meminta anggota parti tidak mempertikaikan kesetiaannya
kepada parti yang didokongnya selama ini.
Beliau berkata ada pihak tertentu yang membuat dakwaan liar
konon dirinya tidak setia kepada parti terutama menjelang pemilihan parti
tersebut.
“Jangan ragu kesetiaan saya kepada parti dengan membuat
tohmahan bermacam-macam terhadap saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kononnya saya tidak sanggup kosongkan kerusi untuk memberi
laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dan macam-macam lagi,”
katanya ketika berucap pada Majlis Semangat Merdeka “Malaysia Baru” di sini,
malam tadi.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata PKR perlu jadi parti
yang kuat dan pihak-pihak tertentu tidak perlu menjadi “gunting dalam lipatan”
untuk menjatuhkan sesama sendiri.
Azmin berkata beliau sudah lebih 30 tahun berada dalam parti
ketika susah dan senang dan tidak sama sekali buat dirinya untuk mengkhianati
parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, beliau memberi jaminan akan membantu Kedah
dalam meningkatkan ekonomi rakyat negeri ini seperti yang dijanjikannya kepada
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Berulang kali Tun bertemu saya dan berbincang agar
kementerian saya dapat membantu rakyat negeri ini dalam bidang ekonomi,”
katanya.
Beliau berkata banyak perancangan yang telah dibincangkan
untuk mewujudkan Kedah sebagai sebuah kuasa ekonomi baharu seperti Selangor
yang pernah diterajuinya. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel