Connect with us

Berita Lain

BSN naik taraf sistem, pelanggan kecoh dakwa ‘wang lesap’


PETALING JAYA, 5 Sept — Kekecohan tercetus pagi ini apabila
ramai pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mendakwa simpanan mereka “lesap”.
Kehilangan wang disedari selepas bank itu memaklumkan akan
menaik taraf khidmat mereka bermula 31 Ogos hingga 4 Sept lalu, lapor mStar
Online.
Sambil berkongsi paparan skrin rungutan orang ramai, pemilik
akaun Facebook Zack Zai mencadangkan pemegang akaun BSN membuat semakan baki.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beberapa individu mendakwa duit mereka hilang sehingga
mencecah ribuan ringgit, antaranya seorang individu yang membuka akaun pada
2012.
“Sebelum naik taraf, ada baki lagi RM1,000 dalam akaun.
Tambah lagi gaji kelmarin RM3,000 lebih.
“Mana pergi dah? Baki RM0.00? Rakan-rakan semua dah masuk
gaji sejak 31 Ogos lagi,” coret individu itu pada ruang komen. 
Dalam ruangan itu juga, pelanggan dikenali Aman Hashim Jr
mendakwa turut kehilangan RM165, sementara Kelly NM pula hilang RM890. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam kenyataannya sebentar tadi, BSN mengakui ia menyedari
masalah itu.
“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, sistem akan
memaparkan baki sebenar akaun pelanggan, dalam tempoh terdekat ini,” kata bank
itu.
Selain memohon maaf, BSN juga menegaskan tiada pemotongan
atau pengurangan dibuat terhadap akaun pelanggannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel