Connect with us

Berita Lain

Bukan ‘hint’ Tun M berundur

PETALING JAYA – Keputusan PKR untuk mengadakan satu lagi
pilihan raya kecil (PRK) di Port Dickson untuk memberi laluan kepada Presiden
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah asas menekan Tun Dr Mahathir Mohamad
mengosongkan posisi nombor satu negara dengan segera.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
memaklumkan, Anwar telah menyatakan hasrat ini kepada Dr Mahathir termasuk juga
rakan pimpinan PH yang lain dan ia disambut baik.
Beliau berkata,dalam membuat keputusan ini, PKR tidak pernah
mengikat tempoh masa untuk Dr Mahathir menjalankan tugas sebagai Perdana
Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Anwar selalu pesan kepada kepimpinan PKR, bahawa
sekarang adalah masa untuk beri sokongan dan dokongan penuh kepada Dr
Mahathir  sebagai Perdana Menteri.
“Bahkan, Anwar meminta semua pimpinan PKR agar terus
bekerja dan mendukung kepimpinan Dr Mahathir,” katanya pada sidang media
di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.
Menurut Saifuddin lagi, keputusan PKR menempatkan Anwar
untuk  kerusi Port Dickson ini ialah
sebagai persediaan beliau untuk menjadi ahli Parlimen sebelum diangkat Perdana
Menteri nanti.
“Kita buat keputusan ini tak bermaksud mengikat tempoh
Dr Mahathir untuk terus jadi Perdana Menteri.
“Ketika konsensus PH dibuat ia tidak mengikat  tempoh ini,” ujarnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, satu
perbincangan di peringkat biro politik telah dijalankan semalam dan PKR
bersetuju untuk meneruskan proses untuk Anwar menyertai semula Parlimen.
“Kami percaya langkah ini jika berlaku dan Anwar dapat
dimenangkan maka akan dapat memberikan nilai tambah dan kekuatan kepada PH yang
sudah sedia membentuk kerajaan.
“Port Dickson dipilih setelah mengambil kira pelbagai
pertimbangan dan kami percaya ini merupakan pilihan bijak untuk menjayakan
proses ini. Kami selepas ini akan fokus untuk turun padang untuk memenangkan
Anwar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Port Dickson dlihat sebagai
salah satu kerusi selamat buat PKR kerana parti itu telah memenangi kerusi yang
sebelum ini dikenali sebagai Telok Kemang itu selama tiga penggal
berturut-turut. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel