Connect with us

Berita Lain

Bukan ‘kongsi gelap’, mesyuarat parti patut tentukan kerusi Anwar

Zuraida Kamarudin – Foto The Malaysian Insight

BATU KAWAN, 11 Sept — Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin
mencadangkan agar parti itu mengadakan mesyuarat rasmi dalam kalangan pemimpin
tertinggi parti bagi membincangkan secara teliti kerusi Parlimen untuk
ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perbincangan bagi membuat keputusan berhubung
perkara itu tidak hanya boleh dilakukan membabitkan dua atau tiga pemimpin
sahaja seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya rasa (naib presiden PKR) Tian Chua mengeluarkan
kenyataan berhubung adakah PKR sebuah parti kongsi gelap itu merujuk kepada
kenyataan Rafizi yang mendakwa perbincangan berhubung kerusi Parlimen untuk
(ditandingi) Anwar melibatkan dua tiga orang sahaja.       
“Jadi saya sebagai pemimpin tertinggi dalam parti PKR
mencadangkan agar satu mesyuarat rasmi diadakan bagi tujuan itu,” kata Zuraida
yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan ketika ditemui pemberita
selepas mengadakan lawatan kerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) Pulau Pinang di Batu Kawan di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Chua yang kecewa dengan calon bagi
jawatan timbalan presiden, Rafizi kerana mengenepikannya dalam perbincangan
berhubung keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk membolehkan Anwar yang
sudah menang tanpa bertanding sebagai presiden PKR untuk bertanding.        


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Setahu saya yang dalam pimpinan tertinggi, memang tiada
sebarang mesyuarat rasmi untuk bincangkan (kerusi Parlimen untuk (ditandingi)
Anwar) tetapi tidak tahulah kalau geng “kongsi gelap” yang dah buat.. media
kena tanya geng “kongsi gelap” kerusi mana untuk presiden PKR sebab saya tidak
tahu,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel