Connect with us

Berita Lain

Daim: ‘Bukti cukup, suspek 1MDB tidak boleh lari’



KUALA LUMPUR, 6 Sept — Tun Daim Zainuddin percaya bukti cukup untuk mendakwa semua yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Bekas menteri kewangan itu berkata kerajaan berjaya mengesan semua individu yang menerima duit hasil penyelewengan itu, lapor Berita Harian.

“Tapi, untuk kita, ‘money trail’ sudah cukup. Kita tahu siapa dapat dan sebagainya. Itu mereka tak boleh lari,” kata Daim, kini pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), dalam wawancara dengan TV3 malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita ada keterangan, kita ada bukti. Sekarang Pakatan Harapan ambil alih, mereka yang terbabit sanggup jadi saksi dan mereka cerita apa yang berlaku.”

Tambahnya, setiap hari muncul cerita baru yang mengejutkan berhubung kes 1MDB, skandal besar yang melibatkan pelbagai negara.


Namun tindakan tidak dibuat segera memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mempunyai baki 40 peratus siasatan.


“Kita akan ambil tindakan. Seperti saya katakan tadi, sebelum ini fail ditutup. Sekarang kita mula balik. SPRM kata baru 60 peratus siap,” katanya.


“Tapi, kenyataan di sini sudah ambil. Cuma dari luar negara saja [belum ambil keterangan]. Tunggu masa. Nak buat itu mesti ada MLE [pertukaran maklumat perundangan].”

Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 24 Ogos lalu, polis telah memfaikan pertuduhan jenayah terhadap Low Taek Jho, atau Jho Low, dan bapanya Tan Sri Larry Low berhubung wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.


Kertas pertuduhan didaftarkan di Mahkamah Sesyen di Putrajaya dan waran tangkap bagi kedua-dua individu turut dikeluarkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel