Connect with us

Berita Lain

Dana parti: ‘Itu wang UMNO’, tegas Najib


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
sekali lagi menegaskan bahawa wang tunai termasuk mata wang asing yang dirampas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa serbuan di ibu negara baru-baru ini
adalah milik UMNO dan mahu ia dikembalikan.
Najib berkata, Presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali
semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan,
korporat, individu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan
membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya dan semua hak
itu ada ditulis di dalam perlembagaan UMNO dan sudah menjadi satu kelaziman
sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Berita Harian hari ini.
“Malah, ada satu klip video tular yang merakamkan Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengaku di dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6
September 2015 (selepas digantikan sebagai timbalan perdana menteri) bahawa
beliau sendiri tidak mempersoal amalan dana khas presiden kerana itu ialah
kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dahulu lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dr Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa
beliau menyerah sebanyak RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada
Tun Abdullah Badawi apabila melepaskan jawatan Presiden UMNO.
“Walaupun saya pernah menyarankan untuk mewujudkan satu akta
berkaitan sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu. Justeru
sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini,”
kata Najib menerusi catatan terbaru beliau di laman Facebook, hari ini.
Bekas Presiden UMNO itu berkata, ketika pilihan raya umum,
kebanyakan sumbangan daripada ahli perniagaan atau individu adalah dalam bentuk
wang tunai dan ia juga diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan
Parlimen serta 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Najib berkata, ketika Dr Mahathir membina Pejabat Perdana
Menteri dan Seri Perdana, Perdana Menteri itu turut membina bilik kebal dan
peti besi di kedua-dua tempat berkenaan.
Katanya, itulah tempat di mana wang tunai yang diterima
disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihan raya termasuk
bayaran bil serta operasi semua cawangan parti.
“Selepas Barisan Nasional (BN) kalah tidak terjangka dalam
pilihan raya lalu, wang tunai yang dikumpul itu kemudiannya dipindahkan oleh
pegawai-pegawai ke satu pangsapuri di Pavilion, Kuala Lumpur sebagai langkah
sementara.
“Difahamkan, ketika wang itu di dalam pemindahan baru-baru
ini, ada beberapa pegawai yang ditugaskan mengambil RM3.5 juta untuk diri
sendiri dan mereka juga sudah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
“Namun, sebelum UMNO sempat membuat keputusan bagaimana
untuk mengendalikan wang tunai itu dan sementara menunggu keputusan pemilihan
parti (siapa akan mengambil alih jawatan presiden), pangsapuri di Pavilion
Kuala Lumpur itu kemudian diserbu oleh PDRM dan wang tunai berkenaan turut
disita,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Najib berkata, Dr Mahathir sememangnya tahu mengenai
kewujudan wang tunai parti yang banyak di pejabat Perdana Menteri ketika
pilihan raya kerana beliau juga melakukan perkara yang sama sewaktu memegang
jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Katanya, PDRM juga tahu mengenai kedudukan wang itu kerana
pemindahan daripada Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai bukanlah satu rahsia.
“Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, UMNO menyediakan
barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa bagi menuntut kembali wang
berkenaan.
“Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan di
pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihan raya dan wang tunai yang
disimpan di Pejabat Perdana Menteri pada waktu bukan pilihan raya juga tidak
begitu banyak.
“Mengapa pula ada isu mengenai mata wang dari 27 buah
negara?” katanya.
Najib juga berkata, selain pangsapuri di Pavilion, PDRM juga
menyerbu rumah dua anaknya yang berdekatan dan kediaman peribadinya yang
terletak di Jalan Duta.
Kata Najib, setiap sen dan helai wang kertas sama ada dalam
mata wang tempatan atau asing, dirampas oleh PDRM.
Tegas beliau, sesiapa yang sering melawat dan bertugas di
luar negara, semestinya mempunyai baki mata wang asing yang belum diguna
disimpan dalam kediaman mereka dan ia tidak terkecuali dengan keluarganya.
Katanya, sebahagian besar wang yang disita ialah dalam mata
wang Ringgit termasuk ada satu jumlah ialah dalam wang Singapura kerana ada
penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk mata wang itu.
“Namun, mata wang asing hanya dalam jumlah yang kecil.
Walaupun sebelum ini saya pernah mengulas mengenai isu terbabit kepada beberapa
media tempatan, saya memilih untuk membuat penjelasan mendalam hari ini kerana
meskipun banyak usaha dan rundingan sudah dilakukan, tetapi PDRM masih tidak
mahu mengembalikan wang itu kepada parti.
“Ia sudah melangkaui tempoh tiga bulan, mengikut
undang-undang Ia perlu dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset
yang disita,” kata Najib yang turut berjanji akan menjelaskan dengan lebih
lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan
ramai.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel