Connect with us

Berita Lain

DAP aktif jentera, gerak sokong Anwar, kata Guan Eng

Foto The Star

DAP menzahirkan sokongan padu terhadap keputusan Datuk Seri
Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson untuk kembali ke
parlimen berikutan tempoh untuk Presiden PKR yang menang tanpa bertanding itu
kembali ke parlimen telah “lama tertangguh”.
Dalam kenyataan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata
Anwar akan mewakili visi Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pembinaan negara dan
perpaduan nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keputusan Anwar untuk bertanding di Port Dickson tiba pada
saat kritikal untuk mengesahkan dan memperkukuhkan jiwa Malaysia sebagai negara
demokratik, menghormati kedaulatan undang-undang, mendukung integriti dalam
kepimpinan, keadilan sosial dan ekonomi, toleransi, meraikan kepelbagaian dan
keterangkuman.
“DAP percaya pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson akan
memberikan kemenangan besar kepada Pakatan dan Anwar,” katanya.
Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata DAP akan
mengarahkan Jawatankuasa Negeri Sembilan untuk mengaktifkan jentera dan
menggerakkan sokongan bagi memastikan kejayaan Anwar dan Pakatan di Port
Dickson.
Pada Rabu, kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuk
memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding selepas penyandang kerusi itu
Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Danyal Balagopal memenangi
kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi selepas meraih 36,225 undi
manakala VS Mogan daripada Barisan Nasional memperoleh 18,515 undi dan calon
PAS Mahfuz Roslan mendapat 6,594 undi.
Lim berkata pembangkang akan bertanding menentang Anwar
untuk mempromosikan politik mereka yang bersifat memecah-belahkan, cauvinis
etnik, dominasi perkauman dan ekstremisme agama.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel