Connect with us

Berita Lain

Dr M: Banyak cabaran namun Malaysia kembali ke landasan betul

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui banyak
cabaran telah dilalui Malaysia, namun, negara mampu bangun dan kembali ke
landasan betul selepas terpesong daripada hala tuju yang sepatutnya dicapai.
Beliau berkata Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuktikan
keupayaan kita untuk bangun setelah terpesong dari landasan yang telah kita
bina bertahun-tahun yang lalu.
“Walaupun kita telah terpesong amat jauh beberapa tahun
kebelakangan ini dan kerosakan akibatnya amat besar dan susah untuk dibaiki,
namun, kita tidak ada pilihan melainkan terus berusaha memulihkan keadaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mahu tidak mahu kita perlu membetulkan kerosakan tersebut
kerana jika kita mengalah dan membiarkan ia berterusan, nilai kita sebagai sebuah
negara yang bebas lagi berdaulat akan hilang.
“Ini bermakna kita telah membenarkan mereka yang telah
mengkhianati negara kita menang. Ini tidak boleh kita benarkan,” kata Perdana
Menteri ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia ke-55 di Padang Merdeka di
Kota Kinabalu malam ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar
Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, isteri Perdana Menteri Tun Dr
Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua
Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan Menteri Komunikasi dan
Multimedia Gobind Singh Deo, yang juga Pengerusi Induk Sambutan Hari Malaysia
2018, serta menteri kabinet Persekutuan dan negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir berkata sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia pada tahun ini cukup bermakna kerana tidak hanya bebas daripada
penjajahan kuasa asing tetapi juga daripada kezaliman pemerintahan kerajaan
terdahulu yang kleptokrasi dan kuku besi.
“Kita telah melalui cabaran pada 1957 dan 1963 dengan
jayanya. Dan kita tetap berjaya menangani cabaran 2018, Insya-Allah.
“Ini negara kita. Kitalah yang akan menentukan nasib kita.
Tidak ada orang lain yang boleh menentukan nasib kita. Bangunlah dan berjuanglah
untuk mencapai matlamat negara tercinta ini,” kata beliau.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel