Connect with us

Berita Lain

Dr M janji Anwar ganti tapi belum pasti

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata biasanya beliau tidak turun
berkempen untuk mana-mana pilihan raya kecil. — Foto oleh Shafwan Zaidon/Projek MM

PETALING JAYA — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
beliau tidak akan mungkir atas janjinya bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan menjadi penggantinya seperti mana yang telah dipersetujui sebelum
ini oleh Pakatan Harapan.
“(Mengenai isu) pengganti, kita sudah bersetuju bahawa ia
mestilah Anwar, saya tidak mungkir janji saya, tetapi apabila …. tentu sekali
ianya belum pasti, saya sedar bahawa saya sangat tua, umur saya 93 tahun dan
dalam masa dua tahun saya akan berusia 95 tahun,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan
berkaitan berikutan keputusan Anwar untuk kembali ke Parlimen dengan bertanding
kerusi Parlimen Port Dickson.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat
Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mana
beliau adalah pengerusi.

Ditanya mengenai hubungan beliau dengan bekas timbalan
perdana menteri beliau itu sekarang, Dr Mahathir berkata “hubungan saya dengan
Anwar adalah baik, baik, sebaik yang boleh lah,”
Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Anwar di
Pilihan Raya Kecil Port Dickson, beliau berkata biasanya dia tidak turun
berkempen untuk mana-mana pilihan raya kecil.
Dr Mahathir berkata Anwar menelefonnya dari Hong Kong
memberitahu mengenai keputusannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil
itu.
“Saya akan menyokong pencalonannya,” kata pengerusi PH itu.
Rabu lepas, Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal
Balagopal Abdullah dari PKR mengumumkan peletakan jawatannya, bagi membolehkan
Anwar bertanding kerusi itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya sama ada Anwar akan diberikan jawatan dalam kerajaan
jika beliau memenangi pilihan raya itu, Dr Mahathir berkata PKR telah membuat
keputusan mengenai perkara itu.
“Sebenarnya (Setiausaha Agong PKR Datuk) Saifuddin (Nasution
Ismail) telah pun membuat kenyataan bahawa apabila Anwar menang … dia tidak
akan meminta jawatan dalam kerajaan, yang bermaksud dia tidak akan meminta
untuk menjadi menteri dalam kerajaan.
“Saya anggap bahawa ia mesti dengan persetujuan Anwar bahawa
dia (Saifuddin) berkata demikian,” kata Dr Mahathir.
Terdahulu hari ini, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak
akan meminta apa-apa jawatan dalam kerajaan jika dia menang pilihan raya itu.
Ditanya mengenai pendapatnya sama ada ia cara yang betul
untuk membuka jalan bagi mengadakan pilihan raya kecil dengan meminta seseorang
untuk mengosongkan kerusinya, Dr Mahathir berkata parti itu mengambil maklum
mengenai isu itu dan juga perhatian orang ramai. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel