Connect with us

Berita Lain

Dr M musykil orang K’tan tak menyumbang kepada pembangunan negeri sendiri

Foto: Kosmo

Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai
kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang
terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain, namun tidak dapat
melakukannya atau menyumbang kepada pembangunan negeri asal mereka.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana
keadaan itu berlaku dan menimbulkan persoalan sama ada ‘persekitaran’ di
Kelantan yang menyebabkan rakyatnya tidak dapat membangunkan negeri mereka.
“Sebenarnya orang Kelantan ini bijak-bijak belaka, kalau
kita perhatikan di mana negeri pun yang ada perusahaan dan perniagaan adalah
orang Kelantan, kenapa mereka tidak boleh buat perkara itu di Kelantan adalah
soalnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pekerja-pekerja kita di Singapura juga ramai orang Kelantan
yang tinggal di Johor, mereka cekap, mereka boleh, tetapi persekitaran
barangkali tidak kena di Kelantan. Sama-samalah kita kaji persekitaran itu
untuk tentukan kenapa ia jadi demikian,” kata perdana menteri dalam sesi dialog
pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 hari.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada
seorang peserta yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyediakan
kemudahan infrastruktur untuk Kelantan termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) yang akan memberi manfaat besar kepada negeri itu.
Dr Mahathir berkata ramai rakyat Kelantan juga memegang
jawatan penting dalam kerajaan termasuk salah seorang yang kini menjadi
setiausahanya dan ia membuktikan kemampuan mereka.
Perdana menteri seterusnya mendedahkan bahawa tanpa bantuan
daripada kerajaan pusat, kerajaan Kelantan sebenarnya tidak mampu untuk
menguruskan negeri dan pentadbiran negeri itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya pendapatan negeri itu termasuk menerusi kutipan
cukai tidak mencukupi kerana ia disifatkan sebagai sebuah negeri yang miskin.
“Saya yakin kalau orang Kelantan dapat betulkan sesuatu maka
mereka dapat membantu membangunkan Kelantan lebih pesat lagi berbanding tempat
lain,” katanya.
Mengenai ECRL, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya
bahawa kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaan projek tersebut buat masa
ini dan menangguhkan sehingga mempunya dana yang mencukupi.
Terdahulu Dr Mahathir turut menyampaikan ucaptama pada
majlis yang dihadiri beberapa menteri kabinet selain disertai 2,500 peserta dan
delegasi.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel