Siri syarahan unggul itu akan diadakan di auditorium Malaysia pusat berkenaan yang bertemakan “Cabaran Tadbir Baik dalam Dunia Islam “dan akan menjadi kuliah utama Mahathir di negara  barat sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Menurut laman web pusat itu, kuliah Dr Mahathir akan dipancarkan secara langsung di bilik bersebelahan ekoran mendapat permintaan yang tinggi daripada mereka yang mahu mendengarkannya.
Sejak penubuhannya pada tahun 1985, pusat ini telah menampilkan ramai tokoh terkemuka
ke Oxford untuk bercakap mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan dunia Islam.
Di dalam premisnya yang baru, pusat ini mempunyai beberapa ruang kuliah yang khusus termasuk auditorium Malaysia bagi membolehkan perkembangan programnya dengan lebih lanjut.
Semasa menjadi Perdana Menteri ke-4, Dr Mahathir pernah menyampaikan ceramahnya yang terkenal yang bertajuk “Islam Agama yang Diselewengkan” pada lawatan pertamanya ke pusat itu  pada tahun 1996.
Mahathir tiba di London Sabtu pagi untuk lawatan kerja bahagian pertama beliau ke UK. Beliau akan berlepas ke New York pada Selasa (25 September) dan kembali  semula ke UK pada hari Sabtu (29 Sept) untuk lawatan bahagian kedua.
Lawatan ke UK itu akan  menguatkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara, “kata Wisma Putra. – Bernama