Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir tak puas hati prestasi menteri


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak
pernah berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi barisan jemaah menteri sejak
dilantik memegang portfolio masing-masing dalam kerajaan baru.
“Saya tidak pernah berpuas hati. Kalau boleh, apa yang saya
hendak (sesuatu yang telah diarahkan), telah dibuat kelmarin, bukan hari ini,”
kata Pengerusi Pakatan Harapan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, Selangor
hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir timbalan perdana menteri yang juga Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan yang juga Presiden
AMANAH Mohamad Sabu, Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng dan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman.
Dr Mahathir turut membidas tindakan sesetengah pegawai
kerajaan yang melambatkan sesuatu keputusan hingga terpaksa ditukar ke jabatan
lain demi melicinkan pentadbiran.
Beliau turut memberikan contoh tindakan pegawai yang
melengahkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat
bulan lepas.
“Oleh sebab tertentu kita tidak boleh mencapai 100 peratus
janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang
elak laksanakan keputusan-keputusan yang telah dibuat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran
lepas dan Najib (bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak). Apabila kita
lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka.
“Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, tapi mereka
masih belum mendapat gaji kononnya ada tidak kena dengan pelantikan.
“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji
dibayar,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan Menteri
Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) sehingga mendapat kecaman dan reaksi negatif pelbagai pihak, Dr
Mahathir berkata: “Ramai orang bagi pendapat. Dan kita juga sensitif dengan
reaksi itu. Jadi kita telah buat keputusan untuk mengkajinya semula.
“Ini bukannya “carved in stone’ (tidak boleh diubah),”
katanya.
Berhubung mesyuarat hari ini, Dr Mahathir berkata beberapa
perkara dibincangkan termasuk tahap kepuasan hati rakyat kepada kerajaan,
peranan yang boleh dimainkan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak
pada tahun depan atau berikutnya selain hal dalaman gabungan kepartian.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel