Connect with us

Berita Lain

Dulu hasut tak bayar PTPTN, sekarang marah pula, kata Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menyindir kerajaan PH hari ini terhadap pendirian mereka mengenai sikap
peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Najib menerusi perkongsian dalam laman sosial Facebook
peribadinya berkata, peminjam-peminjam PTPTN dihasut selama 10 tahun oleh
pakatan (Pakatan Rakyat dan PH) untuk tidak membayar balik pinjaman mereka.
Bagaimanapun menurutnya, kini peminjam PTPTN pula sering
dimarahi oleh PH kerana tidak membayar pinjaman pula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

”Mereka (peminjam PTPTN) tidak sepatutnya dimarah sebagai
tidak amanah, memalukan bangsa sendiri… kini dimarah supaya mengabaikan janji
manifesto PH.
“Peminjam-peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk
tunaikan janji-janji mereka,” katanya, hari ini.
Najib turut mengibaratkan situasi yang dialami peminjam
PTPTN hari ini adalah seperti “sudah jatuh ditimpa tangga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Nasihat saya ialah untuk mereka yang mampu untuk membayar
supaya membayar mengikut keupayaan masing-masing kerana akibat langkah kerajaan
PH yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang
teruk.
“Mereka (kerajaan PH) sudah kehilangan hasil sebanyak RM40
bilion setiap tahun selepas pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),
melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan
cukai korporat dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST),” katanya.
Pagi ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta
pihak-pihak tertentu termasuk pembangkang agar tidak berterusan mengaitkan
hutang pinjaman PTPTN dengan manifesto PH ketika PRU14 lalu.
Maszlee berkata, setiap peminjam apa sekali pun, mereka
perlu melunaskan hutang berkenaan termasuk dituntut di dalam Islam.
“Apa pun manifesto kata tetapi kalau sudah pinjam
kenalah bayar hutang itu. Kalau sudah pinjam kenalah berusaha untuk membayar
pinjaman itu. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel