Connect with us

Berita Lain

Exco dakwa peruntukan RM34 juta untuk nelayan di Melaka ‘hilang’

Gambar hiasan

Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani
Melaka, Norhizam Hassan Baktee hari ini mendakwa kononnya sebanyak RM34 juta
peruntukan yang sepatutnya disalurkan sejak 2010 bagi menjaga kebajikan nelayan
di negeri ini ‘hilang’.
Beliau berkata peruntukan berjumlah RM39 juta diperoleh
daripada pelbagai sumber antaranya pampasan projek tambakan laut untuk nelayan
sejak 2010 hingga kini, namun pihaknya kini mendapati hanya RM5 juta disalurkan
kepada nelayan dan bakinya gagal dikesan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi mana duit (baki) itu pergi ? Apa yang saya tahu
duit itu dah tiada lagi, hanya (ada rekod) atas kertas sahaja,” katanya
kepada pemberita pada majlis pelepasan 40,000 benih ikan Lampam Sungai di
perairan Sungai Tehel di Jasin hari ini.
Bagaimanapun, di sebalik kekangan peruntukan pihaknya
mengambil langkah proaktif merangka pelan induk dalam usaha menangani pelbagai
isu melibatkan nelayan negeri ini agar mereka dapat meneruskan kelangsungan
hidup.
Antara yang diberi penekanan dalam pelan itu ialah isu
pampasan, elaun dan kebajikan nelayan bagi memastikan setiap bantuan disalurkan
sampai kepada golongan sasar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi merelisasikan hasrat itu, kita akan mengadakan
sesi dialog dengan nelayan seluruh negeri untuk mendapatkan maklum balas
mengenai isu terbabit dan isu lain yang perlu diselesaikan segera,”
katanya.
Sementara itu, Norhizam berkata Jabatan Perikanan Melaka
melepaskan kira-kira 1.59 juta benih ikan daripada pelbagai spesies dan udang
sejak tahun 2003 di sungai negeri ini bagi membantu menambah dan mengekalkan
sumber ikan asli di perairan umum.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel