Connect with us

Berita Lain

Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan perlu dinilai semula, kata Syed Saddiq

Foto: Kosmo Online

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman, menyifatkan gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari
(AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan dengan pengecualian cukai,
perlu dinilai semula.
Justeru, katanya, Teong Kim, selaku ketua jurulatih skuad
bola sepak negara bawah 16 tahun (B-16), perlu bertanggungjawab terhadap
kegagalan skuad kendaliannya mara ke Piala Dunia B-17 di Peru, tahun depan.
Skuad B-16 yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bola
Sepak Negara (NFDP) gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan A apabila tewas
2-0 kepada Jepun pada Kejuaraan Konfederasi         Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya dimaklumkan bahawa pakej gaji beliau setiap bulan
mencecah RM175,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh MSN (Majlis Sukan
Negara)…kontrak beliau dan pengurusan tertinggi NFDP  juga perlu dilihat semula,” katanya pada
sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Menurutnya, Teong Kim seharusnya bertanggungjawab dengan
kekalahan itu kerana beliau sendiri yang menetapkan sasaran layak ke Piala
Dunia B-17 pada 2019.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Syed Saddiq juga menjelaskan sebanyak RM80 juta dibelanjakan
untuk progam NFDP sejak 2014 tidak termasuk dengan perbelanjaan pembinaan AMD
di Gambang, Pahang.
Beliau menjelaskan NFDP tidak akan dihentikan namun perlu
penstrukturan semula yang akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas antara KBS,
MSN, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), NFDP dan pihak berkepentingan pada 15
Okt ini.
“Kita tidak boleh hentikan program NFDP, ini adalah program
yang bagus. Memang program akar umbi bola sepak yang tersusun  tapi ia perlu penstrukturan semula.
Selepas berpuluh juta ringgit dibelanjakan, kita (bola
sepak) masih di sini. Memang jelas perlu ada penstrukturan semula dan kita
tidak boleh cakap kita dalam posisi yang selamat atau selesa,” jelasnya.
Syed Saddiq juga menjelaskan pada peringkat awal NFDP
ditubuhkan program itu dijanjikan peruntukan RM20 juta setiap tahun.

Tetapi pada tahun pertama itu sendiri NFDP hanya menerima
RM10 juta sahaja pada 2014, kemudian RM7 juta (2015), RM3.5 juta (2016) dan
RM3.5 juta (2017).
“Saya nak salahkan semua kepada NFDP tidak boleh kerana
kekangan kewangan tapi yang saya musykil walaupun dengan keadaan kekangan
kewangan itu, tetap bayar RM175,000 setiap bulan (gaji Teong Kim),” katanya.
Syed Saddiq turut mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif NFDP,
Safirul Azli Abu Bakar meletakkan jawatan itu susulan kegagalan skuad negara
mara ke Piala Dunia B-17 pada 2019.
Susulan kegalalan skuad B-16 itu ke Piala Dunia B-17, FAM
telah mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat Teong Kim dengan
serta merta.
Teong Kim mula dilantik sebagai Pengarah Projek NFDP pada
2013 disusuli memegang jawatan sebagai Pengarah AMD pada 2016. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel