Connect with us

Berita Lain

Gandingan Mahathir-Anwar pilihan terbaik untuk negara


PUTRAJAYA – Gandingan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kembali menjawat sebagai timbalan
perdana menteri dalam kerajaan mampu mengembalikan negara kepada the ‘good old
days’, kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Timbalan Menteri Industri Utama itu bersetuju dengan
cadangan gandingan itu sebagai satu proses transisi sebelum  Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8
nanti kerana ia merupakan gandingan yang cukup berwibawa serta dapat
menyakinkan pelabur asing.
“Namun, terdapat perbincangan antara Mahathir dan Anwar
bahawa perdana menteri akan menjaga negara manakala Anwar akan melakukan
reformasi parlimen. Selain itu, Anwar juga menyatakan bahawa beliau tidak mahu
campur tangan urusan kabinet.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimana ia akan berkembang selepas itu adalah
terlalu awal untuk kita komen. Walaupun saya bersetuju dengan cadangan
(gandingan) itu, namun saya akan menghormati keputusan dan perbincangan pucuk
pimpinan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Anwar menyandang jawatan timbalan perdana menteri sejak 1993
sebelum dipecat pada September 1998.
Presiden PKR itu akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil
(PRK) Port Dickson setelah penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah
mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Berhubung pemilihan PKR bermula 22 September ini hingga 21
Oktober depan, Shamsul Iskandar berkata “Gandingan AA” (Anwar dan
Azmin)  iaitu Anwar dan penyandang
timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan gandingan mantap
dengan pengalaman yang dimiliki mereka.
“Anwar pernah menyandang jawatan pemangku perdana
menteri, timbalan perdana menteri, beliau tahu menguruskan negara dan juga
mahir dalam Kabinet manakala rekod Azmin membuktikan beliau mahir dalam
pentadbiran apabila menguruskan Selangor dengan baik.
“Elemen ini sebenarnya membantu parti menyakinkan
rakyat bahawa kerajaan mampu ‘deliver’. Kita ada empat tahun bekerja untuk
rakyat sementara menunggu pilihan raya umum akan datang. Saya cenderung untuk
mengekalkan momentum ini,” katanya.
Ditanya peluang beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden
dalam pemilihan parti akan datang, Shamsul Iskandar berkata ia ‘agak baik’
kerana mempunyai  ‘modal politik’ dan
juru kempen yang sanggup berjuang bersamanya sejak menyandang jawatan Ketua
Angkatan Muda PKR dari 2007 sehingga 2013. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel