Connect with us

Berita Lain

Guan Eng bidas Najib merungut SST kuih pau


Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membidas bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertikai pelaksanaan Cukai
Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Lim berkata, ketika kerajaan Barisan Nasional (BN)
melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Najib tidak mendengar
rungutan rakyat yang perlu membayar cukai bagi setiap barangan, namun selepas
pelaksanaan SST Anggota Parlimen Pekan itu pula mula membuat rungutan.
“Saya hairan kerana bila dia (Najib) kenakan GST masa
itu dia tak ‘merungut’, masa itu (GST) enam peratus. Sekarang pun enam peratus,
mengapa masa itu dia tak ‘merungut’ sekarang nak ‘merungut’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita harap bekas perdana menteri janganlah cuba jadi
wira sekarang. Bila masa dia kenakan GST enam peratus jauh lebih teruk.
Sekarang (SST) kita tetapkan amat longgar berbanding dengan dulu.
“Rupanya hanya sekarang beliau sedar pergi kedai kena
bayar enam peratus, sebelum itu dia tak sedar semua kedai kena enam
peratus,” katanya pada sidang media, di George Town hari ini.
Najib dalam catatan di akaun Twitter miliknya semalam,
meluahkan rasa tidak puas hati selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST
selain turut memuat naik gambar resit diterimanya yang turut disertakan jumlah
SST sebanyak RM3.80.
“Berhenti di kedai Pau Yik Mun, Tg (Tanjung) Malim
untuk membeli pau. Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil!
Kedai pau pun kena SST,” tulis Najib dalam status tersebut.
Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata, pelaksanaan
SST berbeza dengan GST kerana hanya satu pertiga barangan sahaja dikenakan
cukai SST berbanding GST yang dikenakan ke atas semua barangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau turut mengulangi SST hanya dikenakan kepada restoran
yang memperoleh pendapatan atau nilai ambang sebanyak RM1.5 juta dan
pengecualian SST diberikan kepada penyewaan warung kecil dan penjualan rokok
kepada para pengendali kedai makanan dan minuman.
“Di bawah SST kita longgar sikit, kita tetapkan
pendapatan setahun atau nilai ambang adalah RM1.5 juta…tiga kali ganda lebih
tinggi daripada GST. Jadi, bukan semua yang kena, hanya yang ada pendapatan
lebih RM1.5 juta dia punya bisnes baik, baru kena bayar SST.
“Bukan macam GST dia sapu habis. Itu sebab kita sebut
GST ‘cukai sapu bersih’ kerana semua tak terlepas. Buat bisnes pun kena, tak
buat bisnes pun kena, tak ada gaji, orang miskin pun kena bayar (GST),”
katanya.
Berkuatkuasa 1 Sept, SST dilaksanakan dengan kadar 10
peratus bagi cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan, menggantikan GST
susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan
2018 diluluskan Parlimen pada 20 Ogos lepas.
Sebelum ini, GST mula dikuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar
enam peratus oleh kerajaan terdahulu bagi menggantikan SST.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel