Connect with us

Berita Lain

Guan Eng: Lima jenama kereta turun harga lepas SST


Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara
mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan
dan Perkhidmatan (SST).
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu
berkata lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda,
Toyota, BMW dan Volkswagen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa
jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.
“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST,
harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi
menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di George Town
hari ini.

Lim berkata bagi harga sebuah kereta Proton Axia harga yang
dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41,497 iaitu
penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagi kereta Myvi 1.5 harga kini adalah RM54,090
berbanding RM55,300, Honda Jazz 1.5 berharga RM83,633 (sebelumnya RM85,750),
Toyota Vios RM93,200 berbanding dahulu RM93,980 manakala kereta jenis
Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu
RM76,888,” katanya.
Selain itu, Lim berkata jenama BMW 118i turut menyaksikan
penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel