Connect with us

Berita Lain

Henti lagakan saya dengan Dr Mahathir, kata Anwar

Anwar Ibrahim(kiri) dan Dr Mahathir – Foto The Sun Daily

KUALA TERENGGANU – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggesa rakyat menolak sebarang andaian dan persepsi negatif mengenai
hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar berkata beliau tidak mampu menolak semua desas-desus
seumpama itu namun berharap kesungguhannya bersama pemimpin Pakatan Harapan
(PH) dalam memberi kepercayaan kepada Mahathir terus mendapat sokongan terutama
dalam kalangan anggota PKR.
“Saya ambil keputusan bersama dengan kepimpinan PKR dan
PH, masalah (negara) yang dihadapi besar dan kita tak mampu hadapi jika ada
masalah dalam pimpinan PH. Maka kita biar(lah) kerajaan ini kuat dan di bawah
(teraju) perdana menteri yang tegas barulah boleh selesaikan masalah besar
seperti 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi ini tak menghalang orang cucuk dan mentafsir
begitu begini untuk ajak saya bergaduh. Janganlah ajak saya bergaduh dengan Dr
Mahathir…dah 20 tahun gaduh. Kami dah berbaik. Jangan ada adu domba
politik,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis
perjumpaan bersama pemimpin dan anggota PKR Terengganu di Terengganu Equestrian
Resort (TER) di sini hari ini.
Katanya walaupun PKR tidak berjaya menguasai Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu, hubungan baik dengan kerajaan negeri
pimpinan PAS harus dibina demi kepentingan rakyat.
Selain itu, Anwar yang berucap kira-kira setengah jam,
berkata beliau tetap bertegas menolak mana-mana anggota PKR terlibat rasuah dan
langkah pemecatan akan diambil terhadap mereka yang berbuat demikian.
Bercakap pada sidang media kemudian, beliau menyifatkan
tindakan beberapa bekas tokoh UMNO yang dilaporkan menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) sama sekali tidak menggugat hubungan PKR dengan
sekutunya dalam PH.
Beliau berkata sebagai parti yang sama-sama bernaung di
bawah payung PH, PKR akan meneruskan jalinan kerjasama dan mengekalkan sikap
saling mempercayai terhadap Bersatu dan parti komponen lain dalam pakatan itu.
“Kita masih lagi parti yang kuat dalam Pakatan
(Harapan)…selagi hubungan dijalin dengan baik saya tidak harus musykil,”
katanya.
“Yang penting kita harus mengekalkan hubungan baik
dengan Bersatu, saling bekerjasama dan saling mempercayai…hubungan peribadi
saya dengan Tun (Dr Mahathir) juga sangat baik, jadi saya tidak gusar,”
katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel